BEBASKAN PALESTIN
FAKTA SERANGAN KE ATAS GAZA
1. Tragedi serangan ke atas Gaza
adalah merupakan penerusan dari siri
keganasan Israel sejak menjajah Palestin
pada tahun 1948.
2. Gaza telah dikepung selama 18
bulan dan semua pintu masuk dan keluar
ditutup sama ada darat, laut dan udara. Ia
diibaratkan sebuah penjara besar.
3. Pihak Israel menyekat bantuan
makanan, perubatan dan keperluan asasi
lain daripada masuk ke Gaza. Sekatan ini
menambahkan lagi penderitaan
penduduk Palestin. Ia merupakan suatu
tragedi kemanusiaan yang sangat teruk di
zaman pasca moden ini.
4. Hamas sebagai sebuah Kerajaan
yg dipilih oleh rakyat Palestin telah
bersetuju dengan Israel untuk genjatan
senjata selama 6 bulan.
5. Seperti yang dijangka pihak
Israel tidak menghormati perjanjian
dengan pelbagai serangan ketenteraan
ke dalam Gaza mengakibatkan kematian
dan kecederaan penduduk Palestin
termasuk kanak-kanak.
6. Hamas telah melancarkan serangan
roket sebagai respon terhadap
keangkuhan Israel dan akhirnya genjatan
senjata tamat secara rasmi pada 19
Disember 2008.
7. Israel mengatakan serangan
mereka untuk mempertahankan Israel
dan tindakbalas daripada serangan roket
Hamas. Propaganda ini merupakan satu
penipuan yang mutlak. Hakikatnya
mereka telah menggunakan masa
genjatan senjata untuk merancang
serangan terhadap Gaza sejak Jun
2008.
MITOS CIPTAAN ISRAEL
Mitos 1: Gaza bebas daripada Israel
Pada tahun 2005 Israel mewar-warkan
kononya Gaza bebas daripada kongkongan
Israel selepas mereka mengeluarkan
8000 penduduk Israel dari Gaza. Hakikatnya
Israel meningkatkan tekanan dengan
mengawal semua pintu keluar masuk
Gaza sama ada darat, udara dan laut.
Mitos 2: Hamas melanggar perjanjian
genjatan senjata
Ini merupakan penipuan yang nyata.
Fakta menunjukkan Israel telah melanggar
perjanjian dengan membunuh
beberapa orang Palestin pada November
2008. Israel juga enggan menamatkan
sekatan seperti yang termaktub dalam
perjanjian genjatan senjata. Penghantaran
bantuan melalui udara turut terbantut
apabila ia juga dikawal ketat oleh Israel.
Mitos 3: Israel menginginkan perdamaian
Sejak Proses Perdamaian Annapolis
Disember 2007, prestasi Israel menunjukkan
mereka telah membunuh 546 rakyat
Palestin (termasuk 76 orang kanak-kanak),
5000 penduduk Palestin ditangkap serta
penambahan pintu kawalan daripada 521
kepada 699 di West Bank. Selain itu, Israel
meneruskan projek haram pembinaan
perumahan Israel dengan kadar peningkatan
sebanyak 38%.
Mitos 4: Serangan untuk mempertahankan
diri
Ini merupakan alasan yang karut! Satu
dunia tahu bahawa Israel mempunyai
kuasa ketenteraan yang tinggi. Helah
mereka terbongkar dan terbukti secara
terancang mengenakan tekanan dan
serangan terhadap Gaza.
Mitos 5: Serangan hanya ditujukan pada
tentera Hamas
Apabila penduduk Palestin terbunuh,
pihak Israel dengan sombong mengatakan
ia merupakan kesilapan yg
malang. Mereka meyalahkan penduduk
Palestin yang berada di sekitar kawasan
sasaran atau sasaran mereka tersasar
akibat kerosakan teknikal dan yang paling
teruk mereka menuduh kematian
disebabkan oleh ledakan persenjataan
daripada pihak militan Palestin sendiri.
Ironiknya, secara terang Israel menyerang
bangunan awam seperti sekolah, masjid,
universiti, hospital, blok kerajaan dan
institusi bantuan kemanusian UN.
Mitos 6: Penduduk Palestin punca keganasan
Hakikatnya rakyat Palestin berjuang
menuntut hak mereka apabila tanahair
mereka dirampas sejak tahun 1948. Ia
merupakan siri perjuangan yang panjang.
Lebih 60 tahun mereka dijajah serta menderita.
Apa yang boleh kita lakukan untuk
memberi sokongan kepada rakyat
Palestin?
1. Memperbanyakkan dan memperkukuhkan
pengetahuan tentang latar
belakang tragedi Palestin.
2. Memberi kesedaran kepada
orang ramai bahawa rakyat Palestin telah
menanggung perlanggaran hak asasi
mereka sejak sekian lama.
3. Menyertai demonstrasi dan
perhimpunan sebagai tanda kebersamaan
kita dengan rakyat Palestin.
4. Memberi tekanan kepada
kerajaan untuk mendesak PBB mengeluarkan
resolusi agar Israel menghentikan
semua operasi ketenteraan di Gaza
secepat mungkin.
5. Memperbanyakkan doa munajat
memohon bantuan Allah SWT
Akhirnya
7 years ago

No comments:
Post a Comment